Blogger Backgrounds

Sunday 23 October 2011

Kata-Kata Hikmah Untuk Motivasi Diri

*Berusahalah, jangan berpuas hati sehingga yang baik menjadi lebih baik dan yang lebih baik menjadi paling baik. (Larry Bielat)

*
Manusia cemerlang fokus kepada kerja penting walaupun tidak seronok. Sementara manusia lemah fokus kepada kerja seronok walaupun tidak penting. (Dr. Shukri Abdullah)

*
Kejayaan bergantung kepada apa yang anda lakukan dengan diri anda. (Ron Jenson)

*
Kegagalan bukan muktamad. Kita gagal kerana terlalu cepat mengaku kalah dan mudah putus asa. (Lewis Timberlane)

*
Tidak ada kemajuan tanpa perubahan. Mereka yang tidak boleh mengubah pemikiran tidak boleh mengubah apa-apa. (George Bernard Shaw)

*
Musuh utama kecemerlangan bukanlah kekurangan fizikal, sosial atau ekonomi tetapi mental. (Dr. Shukri Abdullah)

*
Saya tidak kalah apabila saya berada di bawah. Saya hanya kalah sekiranya saya tidak bangun semula dari bawah. (Dr. Shukri Abdullah)

*
Buatlah apa yang anda mampu buat, dengan apa yang anda ada dan di mana sahaja anda berada kerana tiada alasan di dalam kamus pemburu kejayaan. (Henry Truman)

*
Secara semulajadi semua manusia itu sama, tetapi ilmu menjadikan mereka cukup berbeza. (Bidalan Cina)

*
Rancanglah masa depan anda kerana di situlah anda akan menghabiskan hidup anda. (Dr. Shukri Abdullah)

*RAJIN
itu adalah punca segala kejayaan dan MALAS pula punca segala kegagalan. (Dr. Shukri Abdullah)

*
Rahsia kejayaan cuma ada dua perkataan, TRY (cuba lagi) HARDER (lebih kuat). (J.P Ghetty – Billionaire)

*
Memulakan sesuatu itu adalah hebat tetapi menyelesikannya adalah lebih hebat! (H.W Longfellow)

*
Kebanyakan orang gagal bukan kerana bodoh tetapi mereka gagal kerana melakukan kerja bodoh. (Dr. Shukri Abdullah)

*
Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat. (Saidina Umar Al-Khattab)

*
Kemahuan adalah umpama orang buta yang perkasa mendukung orang lumpuh yang dapat melihat. (Arthur Schopenauer)

*
Kesusahan yang dialami kerana berusaha untuk berjaya hanya sekejap sahaja kemudian akan senang seumur hidup. (Ibnu Yusuf)

*
Tidak ada manusia yang dengan sendirinya menjadi cerdik. (Dr. Shukri Abdullah)

Friday 7 October 2011

Jasa Guru

Salam sejahtera pembuka bicara,
Kepada anda pengunjung setia,
Inilah pantun nasihat dari saya, 
Untuk panduan kita bersama.

Pak Salleh memasang bubu,
Ketika petang cuaca redup,
Kalau tuan ingin tahu,
Ilmu itu penyuluh hidup.

Makan sireh duduk bersila,
Sambil duduk bergurau senda,
Sekiranya ilmu penuh didada,
Hidup tidak gelap gelita.

Mak Munah pergi ke perigi,
Pergi bersama anaknya Siti,
Tuntutlah ilmu setiap hari,
Untuk kesenangan diri sendiri.

Cik Ani menanam bunga,
Bunga ditanam di tepi halaman,
Ilmu itu besar nilainya,
Harta dunia bukan tandingan.

~Kasih Sayang~



Apabila Kasih Sayang Guru mencurahi jiwaku
Aku dilahirkan semula menjadi anak muda.
Jangan tanyaku apa sebabnya:
Sebab bukan logik KASIH SAYANG!


Saya ialah pemipit alam semesta.
Menyuarakan secara terbuka
Kesedihan dan kesakitan mereka
Kehidupan demi kehidupan dalam roda kematian yang tak berhenti pusing.
Berdoa, Guru yang Berbelas Kasihan
Lekas! hentikannya.

Berkat anda mencurahi semua orang.
Yang buruk dan yang baik, yang cantik dan yang hodoh,
Yang ikhlas dan yang tak layak,
Serupa!
Oh Guru, tidak dapat kunyanyikan pujian-Mu.
Kasih sayang-Mu kupeluk dalam hatiku,
Dan tidur bersamanya tiap-tiap malam

Guru

Cikgu, guru itulah panggilan yang diberikan kepadamu
Kau mendidik anak bangsamu dengan ketulusan hatimu
Kau berdedikasi untuk mengajarkan yang terbaik
Untuk melahirkan anak didik yang boleh berjaya suatu hari nanti

Guru, kau seorang insan yang teristimewa
Baktimu kalahkan bak gunung Everest
Jasamu tidak ternilai harganya
Kau bak sebatang lilin yang sering menyinari kegelapan muridmu

Guru, betapa kau dihormati oleh segala lapisan masyarakat
Tugasmu begitu mencabar dan jiwamu begitu kental
Setiap hari kau akan berdepan dengan pelbagai cubaan
Namun rintangan yang mendatang kau dapat menangkisnya

Guru, kau seorang yang tegas dan berwibawa
Ketabahanmu membuat kau sentiasa redha
Kau berkaliber dan berhati mulia
Kau sering dijadikan cermin oleh anak didikmu

Guru, kau seorang yang bersemangat waja
Kesabaranmu membuat kau betah untuk meneruskan perjuanganmu
Demi membela anak bangsamu untuk maju ke hadapan
Kau sememangnya seseorang yang patut dihargai

Semoga Hari Guru ini akan membuat kau bahagia dan gembira
Doaku agar kau sekalian diberi rahmat dan hidayah dari Illahi
Dengan melaksanakan tugasmu sebagai seorang guru
Teruskanlah perjuanganmu, wahai insan yang bergelar GURU...

Monday 3 October 2011

~Cintai Sekolah~

Taman peria di pinggir kali,
    petiklah sebiji berikan jiran;
sekolahku ceria indah sekali,
    nilai murni jadikan amalan.

Buah delima sudah terbilang,
    isinya merah indah beseri;
gah nama sekolah cermelang,
    cantik terselah lagi bestari.

Pokok jambu usah dipanjat,
    ambillah galah jolokkan buah;
hargai ilmu tinggikan darjat,
     hargai sekolah jagalah maruah.

Pokok kelapa di pinggir kota,
    deretan ru menambah seri;
usah lupa pesan dan kata,
teguran guru jangan dinafi.
 

Sunday 2 October 2011

Guruku..

Seperti lilin
sewaktu waktu akan cair
gugur lalu membeku
sepi pun datang menutup pandang
tinggallah waktu
mengakhiri seJarah panjangnya.

Seperti engkau
sewaktu waktu penyuluh hidupku
betapa dalam kegelapan maya
engkau perkenalkan daku dengannya
suria dan bintang cakerawala
sehingga seluruh jagatraya ini
tiba-tiba menjadi milikku.

Kehadiranmu adalah suatu fitrah
lepas itu, engkau kutinggalkan
kukira engkau kesepian kini
mengakhiri sisa-sisa hidupmu
tanpa belaian kasih
ratusan anak-anakmu
yang telah engkau berikan obor.

Dan pagi ini kudakap wajahmu dalam kenangan
seorang anak yang pernah engkau lukai
kini pencintamu paling setia
sehingga ke akhir hayat.

Bunga Sirih untuk guru yang tercinta...........

Guru adalah Ibu pengasuh budiman
guru adalah ratu lebah
lalu memujuk membelai kelopak
cinta kasih sayang
lilinnya berbunga sinar cahaya
madunya berbunga penawar jiwa.

Guru adalah penyu pengasih
lalu menabur bunga telur
baktinya segar mewangi
sepanjang pantal zaman.

Guru adalah lampu penyuluh
pedoman kehidupan
guru adalah pendakwah
lalu mengikut jejak Nabi Muhammad
memimpin insan
ke jalan lurus ke padang luas.

Bunga sirih bunga pirtang
terima kasih terima savang
budi bicara guru berjasa
kami sanjung tinggi.

Sajak untuk Guruku......

Guru pendidik mulia
sudah berabad lalu
bermandi keringat
meniti gigi hari
mendaki puncak tinggi
di merata lurah dan denai
menabur bakti
tanpa mau dipeduli.

Guru pendidik mulia
bukan untuk dipuja
atau di dewa-dewa
siang dan malarnnya
adalah perjuangan jua
rela meluah bahagia
menelan duka nestapa
dengan senyum dan takwa
biarpun sayup di hutan belantara.

Guru pendidik mulia
laksana kuntum kembang mekar
memuncak nama pembela sejahtera
abadi dalam harum nama.

Jika hari ini .....................


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.



Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Guru Oh Guru...



BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.



Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Sajak Sekolahku...

S.K RENEK NAMA SEKOLAHKU
SEKOLAHKU INDAH LAGI CANTIK….
MURIDNYA RAMAI MALAHAN CERDIK.
BIJAK, AMANAH, BERDISIPLIN JUGA BAIK….

SEKOLAHKU PERMAI DAN JUGA DAMAI..
TIADA SENGKETA TIADA RISAU,
SALING MENGHOMATI BUDAYA KITA…
SEGALA MASALAH DIKONGSI BERSAMA.

SEKOLAHKU…RUMAHKU…
TEMPAT BELAJAR, TEMPAT BERMAIN,
TEMPAT MENIMBA SEGALA ILMU.
JADI PEDOMAN SETIAP WAKTU…

Pantun...

Tanam ciku di tepi jalan,
Tanam belimbing di luar kota,
Tekun dan usaha jadikan amalan,
Barulah maju negara tercinta.

Buah mangga enaknya rasa,
Ditanam bersam sirih junjungana buah delima,
Sungguh rajin petani di desa,
Hasil dituai dinikmati bersama.

Buah duku berguni-guni,
Manisnya sungguh tidak terkira,
Tidak kulupa jasamu petani,
Berkorban tenaga untuk negara.

Pohon seruntun,pohon markisa,
Segar sentiasa sirih junjungan,
Mengerah tenaga, tak kira masa,
Pengorbananmu tuan jadi sanjungan.

Tangisan Anak Somalia

Tangis anak-anak kecil
masih terdengar di cuping telinga
dekat dan merintih lapar
minta sesuap nasi dengan air mata

Di tanah Somalia
Syahdu dan getar bibir anak-anak kecil
sekadar mengharap
Menghulur telapak tangan
yang basah keringat
untuk sekeping dua keping wang
itu belum cukup menggalas perut
sekadar menahan lapar semalaman

Anak Somalia itu
menuntut harap
meminta belas
menagih rasa kasihan kita

wahai anak-anak sekalian
ke sekolah dibekalkan wang ringgit
Dibelai kasih ibu
dan sayang seorang ayah
ingatlah susah anak-anak Somalia
lapar dan sengsara

Anak-anak yang bijak
adalah anak-anak yang tahu menghargai pemberian
anak-anak yang bistari
adalah anak-anak yang tidak membazir
anak-anak baik
adalah anak-anak yang ingat pesan ibu bapa
anak-anak yang cerdik
adalah anak-anak yang ingat kata gurunya

Ingatlah anak-anak Somalia....

Saturday 1 October 2011

Assalamualaikum......

Kami daripada kumpulan LESTARY...Dalam blog ini, kami akan menceritakan tentang sekolah kami yang begitu indah....Kumpulan LESTARY mempunyai 5 orang ahli kumpulan...


SENARAI NAMA AHLI KUMPULAN:

1. (KETUA) NUR MASTURINA bt. FIKRU KIMAWI.
2. ABBYDATUL SHUHADA bt. AWANG ALIAS.
3. NOR SUHADAH bt. RAZALI.
4. NURANIS SYAFIQAH bt. SUHAIMI.
5. SUAIBATUL ISLAMIAH bt. NASRUL ALIMI.

Harap-harap blog ini akan menjadi tarikan para pembaca.

^_^


Jangan baca jer!!komenlah